|
|
"Jangan anggap 'rasuah kecil' tidak mengapa, tetapi ingatlah akan risikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah sama-sama bernama penyakit,... |
Selenjutnya..
|
|
|
|
|
|
|
| |
| |
| |
| |
|
|
Penggubalan Akta Pencegahan Rasuah
Date Posted:March 01, 2010
 |
Pada bulan Mei 2009, Biro Mencegah Rasuah (BMR) telah membuat satu deraf cadangan bagi penggubalan Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) (APR). Satu penggubalan menyeluruh telah dideraf oleh BMR untuk memasukkan peruntukkan bagi memberi lebih kuasa kepada BMR untuk menyiasat dan juga bagi memastikan mematuhi United Nation Convention Against Corruption (UNCAC) yang telah diratifikasi oleh Negara Brunei Darussalam pada Disember 2008.
Penggubalan awal terhadap enam bab di bawah APR telah diperkenankan oleh kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam pada 8 Februari 2010.
Dalam penggubalan ini peruntukkan bagi kewajipan-kewajipan Pengarah dan Pegawai-Pegawai Biro telah digubal yang menyenaraikan tugas-tugas BMR berdasarkan kepada 3 strategi BMR dalam membanteras rasuah iaitu, penyiasatan, pencegahan dan pendidikan.
Peruntukkan mengenai dengan ikat jamin atau bon juga telah digubal untuk memberi kuasa kepada BMR untuk mengeluarkan ikat atau bon bagi orang yang ditangkap. Sebelum ini BMR merujuk semua tertangkap kepada pihak polis bagi ikat jamin dan bon. Dengan adanya peruntukkan baru ini, Pengarah BMR dan Pegawai-Pegawai BMR yang diberi kuasa oleh Pengarah, bolehkan melepaskan orang yang ditangkap dengan menggunakan ikat jamin atau bon.
Bab 19A memberi kuasa penyiasatan kepada BMR dimana Pendakwaraya boleh dengan Perintah membenarkan Pengarah atau mana-mana Pegawai BMR untuk menjalankan penyiasatan dalam hal sebarang kesalahan di bawah manajua undang-undang bertulis. Semua atau sebarang kuasa berkenaan dengan penyiasatan polis yang diberikan oleh Kanun Peraturan Jenayah (Penggal 7)
Bab 22 ditambah dengan peruntukan bagi hukuman dimana mana-mana orang yang tidak memberi maklumat yang dia dikehendaki untuk memberinya di bawah ceraian (1) adalah melakkukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi dari $20,000 dan dihukum penjara selama satu tahun.
Peruntukkan Bab 24A di bawah APR juga memberi kuasa kepada BMR untuk membenarkan penerimaan penyataan sebagai keterangan di bawah APR dan juga kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam undang-undang bertulis.
Hukuman bagi mereka yang menentang atau menghalang Pegwai BMR telah diperuntukkan di bawah Bab 34A dimana orang yang menentang atau menghalang BMR dalam menjalankan kewajipan-kewajipan Pegawai BMR boleh dikenakan denda $20,000 dan 1 tahun penjara.
|
| |
|
Penggubalan Akta Pencegahan Rasuah
[Date Posted:March 01, 2010]
|
|
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN SURAT PENGHARGAAN BIRO MENCEGAH RASUAH 2010
[Date Posted:March 01, 2010]
|
|
Ceramah Kementerian Pertahanan
[Date Posted:March 01, 2010]
|
|
Taklimat Pegawai Kadet PPDB
[Date Posted:March 01, 2010]
|
|
Dialog Peraturan Kad Kredit
[Date Posted:February 10, 2010]
|
|
Doa Selamat 28 Tahun BMR
[Date Posted:February 10, 2010]
|
|
MAJLIS PENYERAHAN KUNCI
[Date Posted:February 03, 2010]
|
|
MESYUARAT INTER-AGENCY
[Date Posted:January 26, 2010]
|
|
Mesyuarat Penggulungan Penilaian Brunei Darussalam
[Date Posted:January 26, 2010]
|
|
Taklimat Pendidikan Pencegahan Rasuah di CCCT
[Date Posted:January 26, 2010]
|
<< Previous | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 << Previous |
|
|
|
HOTLINE
HQ: 2382395 | 8721002
KB: 3331513 | 8721003
E-mel: info@bmr.gov.bn
|
|
| Jumlah Aduan di Terima |
| Bulan Nov : 29
|
Tahun 2009 : 321 |
|
|
|
|
|
|
|
|