|
|
"Jangan anggap 'rasuah kecil' tidak mengapa, tetapi ingatlah akan risikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah sama-sama bernama penyakit,... |
Selenjutnya..
|
|
|
|
|
|
|
| |
| |
| |
| |
|
|
Dua Pegawai Dan Seorang Kakitangan RTB Dihadapkan Ke Mahkamah Majistret
Date Posted:January 26, 2010
|
DUA PEGAWAI DAN SEORANG KAKITANGAN RTB DIHADAPKAN KE MAHKAMAH MAJISTRET
Sabtu, 23 Januari 2010, dua orang pegawai dan seorang kakitangan dari Unit Remaja dan Kanak-Kanak TV, Bahagian Penerbitan Rancangan TV, Radio Televisyen Brunei, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan di atas pertuduhan di bawah Bab 6(c) Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131).
Timbalan Pendakwaraya Pg Nina Jasmine bte PLKDR Pg Hj Bahrin mengemukakan kepada Mahkamah bahawa siasatan Biro Mencegah Rasuah mendapati bahawa tertuduh pertama, Hjh Salmayah binte Hj Md Husain, seorang Penerbit Kanan selaku Ketua Bahagian, di Unit Remaja dan Kanak-Kanak TV, Bahagian Penerbitan Rancangan TV, Radio Televisyen Brunei, telah dikenakan sebanyak 7 tuduhan di bawah Bab 6(c) Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) kerana menghadapkan tuntutan palsu pada:
i) bulan Mac 2007, sebanyak B$2,000
ii) bulan April 2007, sebanyak B$2,000
iii) bulan Februari 2007, sebanyak B$900
iv) bulan April 2007, sebanyak B$400
v) bulan Mei 2007, sebanyak B$400
vi) bulan Jun 2007, sebanyak B$400
vii) bulan Julai 2007, sebanyak B$400
yang mana kesemuanya adalah bagi tuntutan pembayaran bagi dua orang tempatan yang terlibat dalam penerbitan rancangan �Fun-Time� dengan niat untuk mengelirukan Radio Televisyen Brunei.
Tertuduh kedua, Norjanah binti Haji Japar, seorang Penerbit, di Unit Remaja dan Kanak-Kanak TV, Bahagian Penerbitan Rancangan TV, Radio Televisyen Brunei, telah dikenakan sebanyak 3 tuduhan di bawah Bab 6(c) Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) kerana menghadapkan tuntutan palsu pada:
(i) bulan Februari 2007, sebanyak B$225
(ii) bulan Mei 2007, sebanyak B$200
(iii) bulan Jun 2007, sebanyak B$100
yang mana kesemuanya adalah bagi tuntutan pembayaran bagi seorang orang tempatan yang terlibat dalam penerbitan rancangan �Fun-Time� dengan niat untuk mengelirukan Radio Televisyen Brunei.
Tertuduh ketiga, Hjh Sa�adiah binti Tudin, seorang Kerani, di Unit Remaja dan Kanak-Kanak TV, Bahagian Penerbitan Rancangan TV, Radio Televisyen Brunei, telah dikenakan satu tuduhan di bawah Bab 6(c) Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) kerana didapati dengan niat untuk mengelirukan Radio Televisyen Brunei, telah menghadapkan tuntutan palsu pada Julai 2007, yang mana adalah bagi tuntutan bayaran kepada seorang tempatan yang terlibat dalam penerbitan rancangan �Fun-Time� dengan niat untuk mengelirukan Radio Televisyen Brunei.
Semasa dihadapkan ke Mahkamah, tiada pengakuan diambil dari kesemua tertuduh. Mahkamah memerintahkan supaya tertuduh pertama dan tertuduh kedua dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak BND$5,000 (Lima Ribu Ringgit) atau seorang penjamin tempatan, manakala ketiga dengan ikat jamin sebanyak BND$3,000 (Tiga Ribu Ringgit) atau seorang penjamin tempatan. Kes akan disebut semula pada 6 Februari 2010.
|
| |
 |
Denda $6K Bagi Suapan $200.00
[Date Posted:March 02, 2010]
|
 |
7 TAHUN BAGI BEKAS MENTERI PEMBANGUNAN
[Date Posted:February 18, 2010]
|
 |
Dua Pegawai Dan Seorang Kakitangan RTB Dihadapkan Ke Mahkamah Majistret
[Date Posted:January 26, 2010]
|
 |
Dua Anggota Polis Dihadapkan Ke Mahkamah Majistret
[Date Posted:January 12, 2010]
|
 |
Bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Didapati Bersalah
[Date Posted:January 12, 2010]
|
 |
Anggota Polis DiDakwa
[Date Posted:December 30, 2009]
|
 |
Rayuan Terhadap 14 Bulan Penjara Ditolak
[Date Posted:December 29, 2009]
|
 |
Pegawai dan Pemeriksa Kastam dihadapkan ke Mahkamah
[Date Posted:December 23, 2009]
|
 |
Gara-Gara Menyamar Warga Tempatan Berdepan Pengadilan
[Date Posted:December 22, 2009]
|
 |
Ahli Peniaga Dihadapkan Ke Mahkamah
[Date Posted:December 15, 2009]
|
« previous 1 | 2 | 3 | 4 | 5 next »
|
|
|
HOTLINE
HQ: 2382395 | 8721002
KB: 3331513 | 8721003
E-mel: info@bmr.gov.bn
|
|
| Jumlah Aduan di Terima |
| Bulan Nov : 29
|
Tahun 2009 : 321 |
|
|
|
|
|
|
|
|