|
|
"Jangan anggap 'rasuah kecil' tidak mengapa, tetapi ingatlah akan risikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah sama-sama bernama penyakit,... |
Selenjutnya..
|
|
|
|
|
|
|
| |
| |
| |
| |
|
|
7 TAHUN BAGI BEKAS MENTERI PEMBANGUNAN
Date Posted:February 18, 2010
|
Perbicaraan bekas Menteri Pembangunan, Y.A.M. Pengiran Indera Wijaya Pg Dr. Hj. Ismail bin Pg Hj Damit dan Pengarah Urusan Ted Sdn Bhd, Wong Tim Kai berakhir kelmarin di Mahkamah Tinggi, Bandar Seri Begawan. Perbicaraan bermula pada 14 Februari 2005 dihadapan Ketua Hakim Dato Seri Paduka Mohamed Saied dan mengambil masa 205 hari sebelum pihak pendakwaan membuat permohonan bagi kes ini didengar semula dihadapkan hakim lain oleh kerana masalah kesihatan yang dihadapi oleh Ketua Hakim Dato Seri Paduka Mohamed Saied. Perbicaraan kedua diteruskan dihadapan Judicial Commissioner Lugar Mawson pada 28 September 2009 dan berakhir pada 26 November 2009 selepas 40 hari yang melibatkan 28 orang saksi. Perbicaraan diteruskan dengan ketiadaan Wong Tim Kai. Beliau telah menghilangkan diri sebelum hari perbicaraan bermula. Waran tangkap telah dikeluarkan pada 1 Oktober 2009.
Dalam penghakiman yang mengambil masa empat jam, kedua-dua tertuduh telah didapati bersalah di atas 11 pertuduhan; 3 kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) dan 8 kesalahan di bawah Kanun Hukuman Jenayah (Penggal 22). Y.A.M dijatuhi hukuman penjara selama 7 tahun dan diperintahkan membayar BND$4,219,242.60 dan jika gagal dikenakan 12 bulan penjara. Wong Tim Kai juga dikenakan 7 tahun penjara. Kedua-dua tertudh diperintahkan agar membayar kos pendakwaan dan jika gagal dikenakan 6 bulan penjara. Dalam menjatuhi hukuman terhadap Y.A.M, Mahkamah mengambil kira Y.A.M sebagai seorang Menteri Pembangunan Negara Brunei Darussalam telah menyalahgunakan kepercayaan Kementerian Pembangunan, Ahli-ahli Kabinet dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Siasatan Biro Mencegah Rasuah (BMR) bermula pada 1999 dibawah arahan bekas Pengarah BMR, Datin Paduka Hajah Intan Binti Hj Kassim. Pasukan penyiasat BMR yang telahdiketuai oleh Ketua Penyiasat Khas Hj Meraj Bin Hj Ahmad telah mengambil masa 3 tahun bagi menyiapkan siasatan. Fail telah diahdapkan ke Jabatan Peguam Negara pada tahun 2002. Pertuduhan rasmi telah dihadapkan kepada Mahkamah pada 13 Mei 2004.
Kes ini menggambarkan komitmen Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam menegakkan undang-undang dan kepentingan toleransi sifar terhadap rasuah di Negara Brunei Darussalam. Ini menunjukkan bahawa semua kes akan ditangani secara adil dan saksama oleh BMR.
BMR ingin merakamkan penghargaan kepada pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Tuan Andrew Macrae, QC dan pegawai-pegawai dari Jabatan Peguam Negara.
|
| |
 |
Denda $6K Bagi Suapan $200.00
[Date Posted:March 02, 2010]
|
 |
7 TAHUN BAGI BEKAS MENTERI PEMBANGUNAN
[Date Posted:February 18, 2010]
|
 |
Dua Pegawai Dan Seorang Kakitangan RTB Dihadapkan Ke Mahkamah Majistret
[Date Posted:January 26, 2010]
|
 |
Dua Anggota Polis Dihadapkan Ke Mahkamah Majistret
[Date Posted:January 12, 2010]
|
 |
Bekas Pengarah Jabatan Perhutanan Didapati Bersalah
[Date Posted:January 12, 2010]
|
 |
Anggota Polis DiDakwa
[Date Posted:December 30, 2009]
|
 |
Rayuan Terhadap 14 Bulan Penjara Ditolak
[Date Posted:December 29, 2009]
|
 |
Pegawai dan Pemeriksa Kastam dihadapkan ke Mahkamah
[Date Posted:December 23, 2009]
|
 |
Gara-Gara Menyamar Warga Tempatan Berdepan Pengadilan
[Date Posted:December 22, 2009]
|
 |
Ahli Peniaga Dihadapkan Ke Mahkamah
[Date Posted:December 15, 2009]
|
« previous 1 | 2 | 3 | 4 | 5 next »
|
|
|
HOTLINE
HQ: 2382395 | 8721002
KB: 3331513 | 8721003
E-mel: info@bmr.gov.bn
|
|
| Jumlah Aduan di Terima |
| Bulan Nov : 29
|
Tahun 2009 : 321 |
|
|
|
|
|
|
|
|