|
|
"Jangan anggap 'rasuah kecil' tidak mengapa, tetapi ingatlah akan risikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah sama-sama bernama penyakit,... |
Selenjutnya..
|
|
|
|
|
|
|
| |
| |
| |
| |
|
|
DULI YANG TERAMAT MULIA PADUKA SERI PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA HAJI AL-MUHTADEE BILLAH IBNI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
DI MAJLIS PELANCARAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN RASUAH
DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN BERTEMPAT DI DEWAN UTAMA,
PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS
PADA HARI SABTU, 6 ZULHIJAH 1426/ 7 JANUARI 2006.
Assalamualaikum Warahmatullahi |
ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta-eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Majlis Pelancaran Pendidikan Pencegahan Rasuah Dalam Kurikulum Kebangsaan pada hari ini merupakan satu lagi hasil dari langkah-langkah Biro Mencegah Rasuah yang dipertanggungjawabkan menangani gejala rasuah. Usaha ini adalah bersesuaian dengan inisiatif yang digariskan oleh United Nations Convention Against Corruption atau Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah.
Rasuah boleh diertikan sebagai perbuatan pemberian berupa wang, hadiah atau sebagainya kepada seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan sesuatu pulangan, imbuhan atau ganjaran kepentingan peribadi atau kelompok. Malah pengertian serta kesan rasuah akan lebih meluas jika ianya dikaitkan dengan amanah dalam konteks penyelewangan penyalahgunaan kuasa demi kepentingan sendiri dan sikap pilih kasih.
Islam telah melarang melakukan rasuah, memakan atau mengambil harta orang lain secara yang tidak dibenarkan syarak seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 188 “ Dan janganlah kamu makan (atau mengambil harta orang-orang lain) d iantara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
Dengan yang demikian, adalah menjadi tangungjawab setiap ketua organisasi mengambil langkah-langkah proaktif dan jitu ke arah mencegah dan membanteras sebarang perlakuan yang menjurus kepada kegiatan rasuah dalam organisasi masing-masing. Setiap pegawai dan kakitangan kerajaan selaku jentera penggerak kepada nadi kerajaan perlu menanamkan sikap serta minda yang sihat dan bersih iaitu sentiasa mengutamakan kepentingan negara sebagai agenda utama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
|
|
|
|
HOTLINE
HQ: 2382395 | 8721002
KB: 3331513 | 8721003
E-mel: info@bmr.gov.bn
|
|
| Jumlah Aduan di Terima |
| Bulan Nov : 29
|
Tahun 2009 : 321 |
|
|
|
|
|
|
|
|